REZEKI TIDAK AKAN PUTUS (MALAH BERGANDA!) DENGAN BERWAQAF

Janji Allah S.WT itu pasti. Tidak akan berkurang harta yang kita infaq atau sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, melainkan Allah akan menggantikannya dengan berlipat kali ganda.

PELABURAN YANG MENJANA KEUNTUNGAN BERTERUSAN WALAUPUN SELEPAS KEMATIAN.

Ramai orang takut “MEMBERI” kerana bimbang pemberiannya itu akan mengurangkan harta yang dimiliki.

Sedangkan MEMBERI adalah salah satu tips untuk menambah rezeki.

Walaupun harta yang diderma dan disedekahkan kelihatan mengurangkan harta di tangan, namun pada hakikatnya ia membuka pintu-pintu rezeki untuk masuk kepadanya. 

Sebagai contoh:

Seorang sahabat nabi yang bernama Abd Rahman Bin Auf, beliau berhijrah dari Mekah ke Madinah dalam keadaan sehelai sepinggang namun beliau hanya mengambil masa beberapa tahun sahaja untuk menjadi hartawan di Madinah.

Semakin banyak hartanya diinfakkan di jalan Allah, semakin mencurah-curah harta diperolehinya.

Untuk menderma tak perlu tunggu duit lebih.

Kalau kita hanya mampu menderma dengan jumlah sedikit, maka mendermalah dengan jumlah sedikit kerana berkat sedikit duit yang kita keluarkan itu insyaAllah, Allah akan bagi:

  • duit lebih dan digandakan
  • rezeki akan bertambah
  • ganjaran pahala

Sesungguhnya amalan berwakaf (Sedekah jariah)walaupun pada  zahirnya kelihatan mengurangkan harta namun pada hakikatnya harta yang dikeluarkan akan diganti dan ditambah lagi.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW di dalam Soheh Muslim:

َما نَقَصَت صَدَقةٌ ِمن مَال                       

“Sedekah itu tidak mengurangkan harta”

KELEBIHAN BERWAQAF

Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:-

“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah:

1. Sebagai langkah mendekatkan diri kepada Allah SWT

2. Mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia

3. Menyebarkan manfaat dan dakwah dikalangan umat islam.

Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya”.
(Hadis Riwayat Muslim)

ANTARA WAQAF YANG TELAH DISAMPAIKAN

SASARAN JUMLAH WAQAF

Setiap masjid atau surau yang terpilih, kami akan hantarkan 30 unit Sejadah Al-Khaulah yang di khaskan untuk kegunaan para jemaah.

Setakat masa ini, kami telah mempunyai senarai hampir 100 buah masjid yang layak menerima waqaf Sejadah Al-Khaulah ini.

Jumlah keseluruhan hampir 3000 unit Sejadah Al-Khaulah.

Jadi kami sangat memerlukan bantuan daripada tuan-tuan dan puan-puan untuk turut sama menyumbang dalam projek waqaf sejadah kali ini.

Sesungguhnya, Infaq atau waqaf yang terbaik adalah yang memberi manfaat untuk kegunaan orang ramai.

Pasti jemaah akan berebut-rebut untuk menggunakan sejadah yang tuan puan waqafkan ini kerana mereka dapat mendengar ceramah, beriktikaf dan beribadah dengan lebih selesa.

Setiap kali jemaah gunakan Sejadah Al-Khaulah ini ketika mereka beriktikaf di dalam masjid, InsyaAllah setiap kali itu pahala tuan-tuan dan puan-puan mengalir berterusan ibarat mengalirnya sebatang Sungai Nil.

Amiin

PAKEJ WAQAF SEJADAH AL-KHAULAH

JOM BERWAQAF SEJADAH DENGAN KAMI

Klik untuk berwaqaf

Soalan Lazim

Program wakaf Al-Khaulah adalah program dimana orang ramai memberikan sumbangan sejadah sandar Al-Khaulah kepada utk kepada Pusat Tahfiz, Masjid dan rumah kebajikan warga emas yang telah disenaraikan

  • Pusat Tahfiz
  • Masjid dan Surau
  • Rumah Penjagaan Warga Emas

Kami dengan ini bertanggungjawab dalam menjalankan Amanah yang telah diberikan oleh anda. Segala kemaskini boleh didapatkan dalam sosial media rasmi Al-Khaulah.